No. pendaftaran pertubuhanPPM-011-01-17102019Johor Bahru, Johor, Malaysia

SUMBANGAN KASIH · RAMADHAN 2026

Sumbangan Kasih: bubur lambuk bersama Surau Al-Hafiz

Pengagihan bubur lambuk bersama masyarakat

Persatuan Kebajikan Sinar Mulia Johor Bahru (PKSMJB) melaksanakan Program Sumbangan Kasih bersama Surau Al-Hafiz di Taman Desa Jaya, Johor Bahru, pada 8 Mac 2026. Program ini melibatkan penyediaan dan pengagihan bubur lambuk sempena Ramadan.

Pelaksanaan program

PKSMJB menyalurkan sumbangan bagi penyediaan bubur lambuk. Penyediaan dilakukan secara gotong-royong di Surau Al-Hafiz, Jalan Permatang 31, manakala pengagihan bermula pada jam 2.00 petang.

Bubur lambuk diagihkan kepada masyarakat setempat, termasuk penduduk Islam dan jemaah yang hadir ke surau. Kerjasama ini bertujuan mengeratkan hubungan antara persatuan, pihak surau dan komuniti setempat.

Maklumat lanjut dan pertanyaan.

Hubungi PKSMJB

PROGRAM & AKTIVITI

Foto aktiviti

Program & Aktiviti